09
Oct
08

Selamat Tinggal WordPress!

URL blog saya sekarang ialah http://nobisha.blogspot.com Saya mengemaskinikan blog saya di sana. Selamat tinggal WordPress.

08
Oct
08

Nobisha Berpindah ke Blogger!

Saya kini memblog di Blogger. Tulisan terbaru saya boleh dibaca di http://nobisha.blogspot.com Blog ini akan dikekalkan bagi membolehkan anda membaca tulisan-tulisan saya sebelum ini. Bagaimanapun, ia tidak akan dikemaskinikan. Terima kasih.

07
Oct
08

Dari WordPress Kepada Blogger

Kata orang tua-tua, kalau 44 kali berpindah-randah, boleh papa kedana. Entahlah, saya tidak tahu adakah itu benar atau tidak. Mulanya saya memblog di http://nobisha.blogspot.com, kemudian saya berpindah ke http://nobisha.wordpress.com. Pemindahan pertama ini lebih kerana saya tertarik dengan rekabentuk WordPress yang pelbagai. Nampak lebih “cun” berbanding Blogger.

Tidak lama selepas itu, saya kembali ke Blogger. Rasa selesa pulak sini. Seketika kemudian, saya sekali lagi berpindah ke WordPress semula. Mengapa? Sekali lagi, alasannya ialah rekabentuk WordPress nampak menarik. Sudah 60 tulisan saya dicatat dalam blog http://nobisha.wordpress.com. Nak kata selesa, memang dah selesa.

Bagaimanapun, saya dapati proses mengedit menggunakan SSL-encrypted web connection di WordPress memakan masa yang lama. Puas menunggu, menunggu dan menunggu. Jenuh menunggu, akhirnya saya give up!

Sekarang saya kembali semula ke http://nobisha.blogspot.com. Ampun! Tabik! Saya minta maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat bloggers yang telah membuat link ke http://nobisha.wordpress.com. Insya-Allah, saya akan kekal lama di sini. Nampaknya Blogger pun dah banyak features menarik. So, saya mohon jasa baik sahabat-sahabat bloggers semua untuk mengemaskinikan link blog masing-masing menggunakan http://nobisha.blogspot.com.

Oh ya, ada orang berkata ramai penyokong dan peminat PKR menggunakan WordPress, sementara penyokong dan peminat UMNO dan PAS menggunakan Blogger. Betul ker? Saya fikir itu adalah secara kebetulan saja. Pemindahan saya ke Blogger tidak ada kena mengena dengan semua itu. Dalam PKR pun ramai kawan-kawan!

Nota: Tulisan saya sebelum ini masih boleh dibaca di sini.

07
Oct
08

Birokrasi UMNO Halang Orang Muda

“Orang muda dalam Umno susah hendak naik kerana birokrasi, iaitu kenaikan berdasarkan kekananan jawatan dalam parti,” kata Dato’ Nur Jazlan Mohamed kepada Malaysiakini. Menurutnya, Umno perlu membuat perubahan dan meremajakan parti dengan cepat untuk menarik semula sokongan pengundi khususnya di kalangan orang muda.

Beliau berkata, orang muda dalam pembangkang telah diberi tempat  untuk memegang pelbagai jawatan seperti wakil rakyat dan menteri besar. Menurut Nur Jazlan, “Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng umpamanya masih muda kerana baru berumur 40-an.”

Pandangan beliau tidak jauh berbeza dengan apa yang saya sebutkan sebelum ini. Dalam tulisan bertajuk “Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Lebih Sarah Palin?” saya menulis:

Calon Naib Presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin kini berusia 44 tahun, iaitu dua tahun lebih tua daripada Nur Jazlan. Barack Obama pula berusia 47 tahun, jauh lebih muda dari semua nama yang telah mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Sila baca tulisan “Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Lebih Sarah Palin?di sini.

07
Oct
08

Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Lebih Sarah Palin?

Apabila Ahli Parlimen Pulai, Dato’ Nur Jazlan Mohamed mengumumkan akan bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, pelbagai pihak memberikan reaksi negatif. Adakah itu satu reaksi spontan yang lahir dari minda separa sedar, atau ia timbul disebabkan oleh kepercayaan bahawa hanya orang tertentu sahaja yang boleh menjadi Timbalan Presiden UMNO? Nak jadi Presiden UMNO, mestilah menjadi Naib Presiden UMNO, atau pun sekurang-kurangnya ahli Majlis Tertinggi UMNO dulu.

Biar saya berbeza pendapat dalam soal ini. Saya fikir tidak ada salahnya untuk Nur Jazlan menawarkan diri untuk jawatan tersebut. Selama ini kita sering bercakap bahawa UMNO perlu melakukan reformasi. Reformasi menuntut kita berfikir di luar kotak dan membuang kepercayaan lama yang tidak menguntungkan.

Rata-rata mempertikaikan usia Nur Jazlan. Seorang blogger ternama meminta beliau mengelap hingus sebelum menawarkan diri ke jawatan yang lebih tinggi. Saya tidak fikir ayat itu ditujukan kepada Dato’ Seri Mohd Ali Rustam atau pun Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tentunya tidak juga kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang sering disebut-sebut sebagai calon lain. Continue reading ‘Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Lebih Sarah Palin?’

06
Oct
08

Abdullah Atau UMNO Yang Mesti Berubah?

Sebelum ini saya telah menulis “Sah, Pak Lah Berundur” dan “Dr Mahathir Pun Tak Percaya …” Sementara itu, Malaysiakini pula menulis mengenai “Petanda PM Tidak Bertanding Presiden“.

Pada hari Rabu 8 Oktober, Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat kabinet dan bertemu pemimpin parti-parti komponen BN. Beliau dikatakan akan memaklumkan secara rasmi kepada kabinet dan BN mengenai hasratnya untuk berhenti. Abdullah dijangka akan menolak pencalonan untuk pertandingan jawatan Presiden UMNO.

Melihat senario sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah cukup pasti akan mengambilalih tempat Abdullah sebagai presiden parti. Cabaran yang bakal diberikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah tidak cukup kuat untuk menolak Najib keluar dari sasarannya. Malah, terdapat petanda bahawa Tengku Razaleigh mungkin tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Persaingan untuk jawatan Timbalan Presiden akan bertambah sengit. Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus menjadi calon favourite walaupun Dato’ Seri Mohd Ali Rustam dan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin memberikan persaingan yang sengit. Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga mungkin turut bertanding jawatan ini bersama-sama Dato’ Nur Jazlan Mohamed yang baru membuat pengumuman sedemikian.

PRU12 telah menyerlah pelbagai kelemahan UMNO (dan Barisan Nasional). Banyak pihak berpendapat “sesuatu” perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO yang menjadi tunjang BN. Selepas enam bulan, perubahan yang diharapkan nampaknya tidak berlaku. Dalam sesetengah kes, pembaikan yang cuba dibawa boleh diumpamakan seperti tikus membaiki labu. Continue reading ‘Abdullah Atau UMNO Yang Mesti Berubah?’

05
Oct
08

Dr Mahathir Pun Tak Percaya …

Nampaknya Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak percaya apabila saya kata, “Sah, Pak Lah Berundur!“. Menurut laman web Mstar:

Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.

“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” katanya. Continue reading ‘Dr Mahathir Pun Tak Percaya …’




Kalendar

October 2014
M T W T F S S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.