Archive for September, 2008

Gerakan Keluar Barisan Nasional

Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, 60% ahli Gerakan mahu parti itu keluar Barisan Nasional, lapor Utusan Malaysia. Ini bukanlah satu jumlah yang kecil. 60% peratus bererti lebih separuh ahli Gerakan sudah tidak berminat untuk terus berada dalam Barisan Nasional. Sentimen ini tidak harus diketepikan begitu saja.

Persoalannya ialah:

(1). Adakah ini bermaksud Gerakan sudah hilang keyakinan kepada konsep Barisan Nasional atau Gerakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sedia ada? Adakah Barisan Nasional perlu menjalani proses reformasi yang drastik bagi memenuhi keperluan Gerakan? Atau, adakah pemimpin Barisan Nasional yang perlu ditukar?

(2). Adakah Gerakan ialah sebuah parti yang boleh dijadikan kawan sewaktu senang, tetapi tidak sanggup bersama ketika susah? Sewaktu menjadi kerajaan di Pulau Pinang dan memegang pelbagai jawatan pada peringkat nasional dulu, tidak timbul persoalan keluar parti. Mengapakah selepas PRU12, isu ini mula timbul?

(3). Adakah hilangnya keyakinan ahli-ahli kepada Barisan Nasional disebabkan oleh kegagalan Koh Tsu Koon memimpin parti itu? Sejak kebelakangan ini, Koh Tsu Koon sering menyebut Gerakan ingin keluar Barisan Nasional. Adakah ini juga merupakan “defense mechanism” yang digunakan oleh Koh Tsu Koon bagi mempertahankan kelemahan kepimpinannya?

Inilah persoalan-persoalan yang harus dijawab. Carilah jawapan. Dalam politik, tidak ada yang kekal.

5 comments September 29, 2008

Berniaga di Bulan Ramadhan

Solat tarawikh di sebuah masjid di Shah Alam malam tadi. Lebih banyak ruang parking dari kereta. Nak kata orang sudah balik kampung berhari-raya, kompleks membeli-belah semakin sesak!

Baguslah, itu menunjukkan Malaysia masih lagi makmur dan umat Islam di negara ini mempunyai kemampuan membeli yang tinggi. Sekiranya tidak, masakan mereka mempunyai wang untuk membeli-belah pada penghujung Ramadhan yang penuh barakah ini. Kita berharap kemakmuran dan keamanan yang dikecapi ini akan berterusan.

Ada orang bersikap sinis terhadap kegilaan membeli-belah menjelang hari raya, saya cuba melihatnya dari aspek yang positif. Paling tidak, ia membantu usahawan Bumiputera meraih pendapatan yang tinggi. Pada bulan Ramadhan inilah ramai orang berniaga. Kita harapkan perniagaan ini berterusan selepas bulan Ramadhan. Berniaga adalah tradisi Islam. Rasulullah s.a.w. dan isterinya, Khadijah r.a. adalah usahawan. Begitu juga ramai sahabat-sahabat lainnya.

Oh ya, bercakap mengenai berniaga, teringat saya kepada firman Allah s.w.t.:

“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (As-Saff ayat 10-11).

Kalau begitu, jangan kita biarkan “Bazaar Ramadhan” kosong. Jom, kita banjiri “Bazaar Ramadhan” bersama keluarga. Tunaikan solat tarawikh. Banyakkan solat sunat. Tambah zikir. Tadah tangan ke hadrat Ilahi, memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga perniagaan kita di “Bazaar Ramadhan” tahun ini dapat mendekatkan kita dengan syurga yang kekal abadi.

Nah, berniagalah!

3 comments September 28, 2008

Usah Sabotaj Khairy Jamaluddin

Malaysiakini melaporkan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata dia disabotaj dalam kempen Ketua Pemuda UMNO. Siapakah yang mensabotaj beliau? Adakah Dato’ Mukhriz Mahathir, Exco Pemuda yang dalam ranking organisasi berada di bawah Khairy? Atau, mungkinkah beliau disabotaj oleh Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Dato’ Zahidi Zainul Abidin yang tidak ada apa-apa jawatan dalam Pemuda?

Atau, mungkinkah Majlis Tertinggi UMNO? Menurut Khairy, keputusan MT UMNO “merumitkan kempen” beliau untuk menjadi Ketua Pemuda. Kalau begitu, marilah kita sampaikan mesej kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: Usah Sabotaj Khairy Jamaluddin!

4 comments September 27, 2008

Ayat Pembangkang, Ayat Kerajaan

Bacalah Malaysiakini. Bacalah Debat Rakyat. Bacalah Beras Padu. Bacalah Penggabung Suara Nasionalis. Ah, bacalah kesemua blog SoPo yang ada.

Cuba lihat, adakah itu ayat kerajaan atau ayat pembangkang. Dalam tulisan saya “Exco Selangor Dalam Malaysiakini“, saya menulis mengenai Teresa Kok yang gagal melakukan anjakan paradigma dari seorang pembangkang kepada seorang anggota kerajaan. Saya percaya ramai lagi “Teresa Kok” dan mereka memerlukan bantuan. (more…)

1 comment September 27, 2008

Video : Salam Idul Fitri

2 comments September 26, 2008

Sokong Abdullah Bertanding

Mesyuarat Tertinggi UMNO hari ini membuat tiga keputusan penting. Pertama, mesyuarat UMNO bahagian diteruskan seperti biasa mulai 9 Oktober. Kedua, Perhimpunan Agung Tahunan UMNO ditunda ke Mac 2009. Ketiga, presiden parti akan membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya pada atau sebelum 9 Oktober, 2008.

Itu yang dihebahkan kepada kita. Baca Malaysiakini. Adakah ada lagi keputusan yang dibuat? Bersabarlah menunggu 9 Oktober nanti …

Saya sebenarnya ingin melihat pertandingan berlaku dalam UMNO. Biar kita uji kematangan pemimpin dan ahli-ahli parti. Usah kita menjadi “over protective” sehingga parti menjadi lemah dan tidak mampu berhadapan dengan ujian.

Ada orang berkata, pertandingan akan merosakkan parti. Saya tidak setuju. Parti akan rosak kalau orang yang bertanding itu merosakkannya. Sekiranya tidak, saya tidak melihat perkara itu akan berlaku. Tanyalah nawaitu (niat) kita sendiri.

Katakanlah kedua-dua Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Sri Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden UMNO. Saya fikir kedua-duanya cukup berjiwa besar dan tidak akan merosakkan parti. Saya juga fikir kedua-duanya adalah merupakan pemimpin hebat yang mampu mengawal tingkah-laku penyokong masing-masing. (more…)

4 comments September 26, 2008

Bukan Kuil, Cuma Tempat Suci

Menurut Malaysiakini, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata kuil Sri Maha Kaliamman yang berusia 19 tahun yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak didaftarkan dengan kerajaan negeri. Kata beliau lagi, “Dan ia bukan kuil, ia adalah tempat suci yang terletak dalam hutan simpan.”

Sementara ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata tindakan merobohkan kuil itu “berpunca daripada salah faham” antara pihak MPAJ dengan pengurusan kuil. Beliau berkata salah faham itu melibatkan hal-hal pengubahsuaian bangunan, dokumentasi dan prosedur pengurusan. Katanya lagi, kuil itu merupakan masalah lama sejak bawah pentadbiran BN. (more…)

3 comments September 26, 2008

Previous Posts


Kalendar

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Terbaru

Komen

Fazrulls on Selamat Tinggal WordPress…
Hasbullah Pit on Selamat Tinggal WordPress…
bendera merah on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…
Wirawaja on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Fazrul on Dari WordPress Kepada Blo…
Malaysiakini : Birok… on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Fazrul on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
nobisha on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…
nobisha on Exco Selangor Dalam Malay…
nobisha on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
nobisha on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Ryzals on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
efy on Exco Selangor Dalam Malay…
a voice on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
malaysiakita on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…

Blog Berwajah

Blog Tak Berwajah

Debat Rakyat

Arkib

Meta