1. Isu hubungan kaum merupakan topik yang mendapat tempat dalam media massa dan blog sejak kebelakangan ini. Pelbagai pihak menulis mengenainya. Rata-rata merasakan sesuatu wajar dilakukan bagi meningkatkan hubungan kaum di negara ini. Semua pihak, termasuklah, orang politik hendaklah berhati-hati. Memang niat mereka baik, cuma kadang-kadang oleh kerana gelojoh demi political survival, ada yang terlajak. Orang politik ingin sentiasa berada dalam limelight untuk kekal relevan.
2. Bercakap mengenai limelight, saya membantah sikap orang politik yang “sikit-sikit buat laporan polis”. Tak kisahlah laporan itu dibuat oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Kedua-duanya saya bantah. Kecenderungan membuat laporan polis adalah “cheap political stunt”. Cara mudah nak jadi bahan berita dan cari populariti. Nak buat laporan polis, bawa wartawan dan jurugambar. Itu tanda nak cari publisiti.
3. Pentas orang politik ialah hujah; bukannya balai polis. Kalau nak berteduh dengan laporan polis, lebih baik jangan jadi ahli politik. Hujah lawan, dibalas hujah. Kalau takut berhujah atau rasa nak kalah berhujah, elok jual goreng pisang. Ah, itu pun kadang-kadang kena berhujah dengan penguatkuasa Majlis Perbandaran! Continue reading ‘Idealisme Rakyat Malaysia’
Komen