Gerakan Keluar Barisan Nasional

September 29, 2008

Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, 60% ahli Gerakan mahu parti itu keluar Barisan Nasional, lapor Utusan Malaysia. Ini bukanlah satu jumlah yang kecil. 60% peratus bererti lebih separuh ahli Gerakan sudah tidak berminat untuk terus berada dalam Barisan Nasional. Sentimen ini tidak harus diketepikan begitu saja.

Persoalannya ialah:

(1). Adakah ini bermaksud Gerakan sudah hilang keyakinan kepada konsep Barisan Nasional atau Gerakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sedia ada? Adakah Barisan Nasional perlu menjalani proses reformasi yang drastik bagi memenuhi keperluan Gerakan? Atau, adakah pemimpin Barisan Nasional yang perlu ditukar?

(2). Adakah Gerakan ialah sebuah parti yang boleh dijadikan kawan sewaktu senang, tetapi tidak sanggup bersama ketika susah? Sewaktu menjadi kerajaan di Pulau Pinang dan memegang pelbagai jawatan pada peringkat nasional dulu, tidak timbul persoalan keluar parti. Mengapakah selepas PRU12, isu ini mula timbul?

(3). Adakah hilangnya keyakinan ahli-ahli kepada Barisan Nasional disebabkan oleh kegagalan Koh Tsu Koon memimpin parti itu? Sejak kebelakangan ini, Koh Tsu Koon sering menyebut Gerakan ingin keluar Barisan Nasional. Adakah ini juga merupakan “defense mechanism” yang digunakan oleh Koh Tsu Koon bagi mempertahankan kelemahan kepimpinannya?

Inilah persoalan-persoalan yang harus dijawab. Carilah jawapan. Dalam politik, tidak ada yang kekal.

Entry Filed under: Politik. .

5 Comments Add your own

  • 1. Fazrul  |  September 29, 2008 at 10:24 am

    Salam Tuan,

    Gerakan memang kuat di Pulau Pinang suatu masa dahulu… tapi apa dah terjadi sekarang…. ???

    Salam mesra dan selamat menyambut hari raya buat semua..

    Saya fikir Gerakan harus menunjukkan keyakinannya kepada konsep dan permaufakatan BN. Itu harus menjadi asas sama ada ia kekal atau keluar BN. Saya melihat keputusan PRU12 lalu adalah ujian kepada konsep dan keutuhan BN – nobisha

    Reply
  • 2. Zubli Zainordin  |  September 29, 2008 at 11:48 am

    Nobisha, jenuh juga lah pos mengenai Koh Tsu Khoon dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

    Terkini:

    Leaving BN Now Gerakan On Your Mark, Get Set…100 Years Later…Get Set…

    Bagi saya mudah saja, kalau orang dah berkali-kali cakap nak keluar, usah ditahan-tahan. Biarlah Gerakan keluar, sekiranya itulah kemahuan ahli-ahlinya. BN mesti ada keyakinan diri yang tinggi – nobisha

    Reply
  • 3. MUS  |  September 29, 2008 at 9:33 pm

    KELUAR PARTI TIDAK MENGAPA-TETAPI TIDAK KELUAR KAUM
    KALAU MELAYU KELUAR PARTI KELUAR KAUM.

    Orang Melayu mestilah mempunyai pemikiran strategik sekiranya ingin terus dominan dalam politik negara – nobisha

    Reply
  • 4. MUS  |  September 29, 2008 at 9:34 pm

    Some HTML allowed:

    Reply
  • 5. Tamalika  |  October 4, 2008 at 9:37 am

    Saya was-was dengan gerakan ni… betul ke 60% ahli nak keluar BN? Atau acah-acah bersyarat?

    Tan Sri Koh Tsu Koon sudah pun menang tak bertanding sebagai Presiden Gerakan. Saya fikir isu keluar BN akan mati dengan sendirinya. Orang politik di mana-mana pun sama saja! – nobisha

    Reply

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kalendar

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Terbaru

Komen

Fazrulls on Selamat Tinggal WordPress…
Hasbullah Pit on Selamat Tinggal WordPress…
bendera merah on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…
Wirawaja on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Fazrul on Dari WordPress Kepada Blo…
Malaysiakini : Birok… on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Fazrul on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
nobisha on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…
nobisha on Exco Selangor Dalam Malay…
nobisha on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
nobisha on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Ryzals on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
efy on Exco Selangor Dalam Malay…
a voice on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
malaysiakita on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…

Blog Berwajah

Blog Tak Berwajah

Debat Rakyat

Arkib

Meta