Archive for September, 2008



25
Sep
08

Politik Keliru Pasca PRU12

1. Membaca laporan Malaysiakini, saya berfikir “apa dah jadi dengan politik Malaysia?” Bagi orang biasa seperti saya, politik pasca PRU 12 cukup mengelirukan. Alasannya?

2. UMNO sebagai tunjang Barisan Nasional seolah-olah tidak tahu bagaimanakah menguruskan kekalahannya. Apa saja yang dibuat seperti tidak kena. Bangun salah, tidur salah. Bercakap salah, diam salah. Bukan sekadar UMNO, sindrom ini juga melanda MCA, Gerakan dan MIC.

3. PAS seperti di persimpangan. Tak pasti arah tuju. Ada yang kata, PAS dulu dan PAS sekarang sudah tak sama. Usah marah kalau ada yang berkata, “badan PAS, baju PKR“. Itu suara akar umbi. Continue reading ‘Politik Keliru Pasca PRU12′

25
Sep
08

Graduan ISA

“ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi?”

Itu kata Teresa Kok. Dalam budaya kita, cakap begitu boleh ditafsirkan sebagai cukup angkuh. Dia berkata dia tidak takut disaman oleh Utusan Malaysia kerana dia sudah pernah ditahan ISA.

Kata-kata itu mengingatkan saya kepada kenyataan seorang kawan. Katanya, walaupun bercakap mereka membenci ISA, sesetengah orang berbangga kerana pernah ditahan di bawah akta itu — boleh jadi hero. Semacam ada status baru.

“Macam ada class kena tahan ISA .. dah jadi graduan ISA ni, macam dapat PhD dalam perjuangan,” kata kawan saya itu. Tambahnya, “Tak kiralah apa yang diperjuangkan. Betul atau salah, itu soal kedua.”

Saya berkata, “Oh, yang tak pernah kena tahan ISA tu lekehlah? .. Agak-agak setakat SPM sajalah?” Continue reading ‘Graduan ISA’

25
Sep
08

Kemakmuran Untuk Rakyat

Malaysiakini melaporkan kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen mulai esok:

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,  ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini,” katanya dalam satu kenyataan petang ini. Continue reading ‘Kemakmuran Untuk Rakyat’

23
Sep
08

Exco Selangor Dalam Malaysiakini

Teresa Kok Suh Sim ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan. Bagaimanapun, sehingga hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai pencapaian Teresa Kok dalam jawatankuasa tetap kerajaan negeri itu. Teresa Kok popular dalam portal berita Malaysiakini, tetapi bukan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri.

Saya cuba mencari jawapan dengan “menggoggle” nama beliau, namun ia tidak memberikan jawapan yang diharapkan. Beliau lebih dikenali dengan isu penternakan babi di Sepang, protes papan tanda tulisan jawi di Bangsar dan dikaitkan dengan protes di Puchong. Terbaru, beliau menjadi popular dengan isu “makanan anjing”. Tidak setuju? Bacalah Malaysiakini dan lain-lain portal berita, itulah isu-isu yang dikaitkan dengan beliau.

Ada orang berkata masyarakat tidak berminat dengan isu-isu pembangunan. Ah, saya tidak setuju. Cuba goggle perkataan “Rodziah Ismail Selangor” seorang lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Banyak aktiviti ICT Selangor dikaitkan dengan beliau. Kedua-duanya wanita. Kedua-duanya pertama kali menjadi ADUN dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Mengapakah seorang dikaitkan dengan isu-isu pembangunan, manakala seorang lagi dikaitkan dengan isu-isu kontroversi yang mengguris hati kaum tertentu? Continue reading ‘Exco Selangor Dalam Malaysiakini’

23
Sep
08

Pencerobohan Email Yahoo!

Email peribadi calon Naib Presiden Amerika Syarikat, Gov Sarah Palin dicerobohi. Palin dikatakan menggunakan email gov.palin@yahoo.com. Ada tiga perkara yang berada di fikiran saya. Pertama, beliau dikatakan bersalah kerana menjalankan urusan rasmi kerajaan Alaska menggunakan akaun peribadi Yahoo! Bagaimanakah di negara kita? Kedua, tentulah wajar untuk kita bertanya bagaimanakah keselamatan akaun Yahoo! saya dan anda? Ketiga, pertanyaan kita kepada penggodam (hacker): Dah tak ada kerja lain ker?

23
Sep
08

Pemimpin Berjiwa Kecil

1. Politik seringkali dilihat penuh dengan pertentangan. Bagi sebahagian ahli politik, ia merupakan “zero sum game”. Siapa yang menang, menang kesemuanya. Siapa yang kalah, kalah kesemuanya. Tidak ramai orang yang melihat ahli politik sebagai pakar kolaborasi (collaboration). Strategi — pastikan musuh tewas!

2. Lantaran itu, tidak menghairankan pemimpin politik akhirnya berjiwa kecil. Yang difikirkan hanyalah diri sendiri. Mesti menang walau apa kos sekali pun. Pemimpin yang berjiwa kecil hanya memikirkan diri dan kelompoknya yang kecil.

3. Akibatnya percaturan politik penuh dengan pembohongan, penipuan, manipulasi dan serba kemungkaran. Dalam proses itu, individu mungkin menjadi kuat. Bagaimanapun, parti menjadi lemah dan ahli menjadi keliru. Perjuangan? Terbang bersama debu dan retorik. Continue reading ‘Pemimpin Berjiwa Kecil’

19
Sep
08

Surat Fairus Dalam Malaysiakini

Biar saya bantu promosi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Yang Berhormat Mohammad Fairus Khairuddin. Sebagai orang politik, Yang Berhormat Mohammad Fairus perlukan publisiti. Sebab itu orang politik kadang-kadang terpaksa bercakap macam orang bodoh untuk masuk dalam akhbar. Bodoh pun bodohlah, asalkan muka dapat masuk akhbar.

Saya juga nak tekankan “Yang Berhormat” kerana bukan semua orang mendapat gelaran tersebut. Ada orang yang bertahun-tahun dalam politik, sampai sekarang belum lagi jadi wakil rakyat. Tetapi Yang Berhormat Mohammad Fairus cukup beruntung. Sekali bertanding, terus menang. Selepas itu, terus menjadi Timbalan Ketua Menteri I. Dengar tu, “I”, bukan “II”. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II ialah P Ramasamy. Continue reading ‘Surat Fairus Dalam Malaysiakini’




Kalendar

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib