Archive for October 5th, 2008

Dr Mahathir Pun Tak Percaya …

Nampaknya Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak percaya apabila saya kata, “Sah, Pak Lah Berundur!“. Menurut laman web Mstar:

Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.

“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” katanya. (more…)

5 comments October 5, 2008

Adakah Calon Ketua Pemuda Berani?

“Saya berharap suatu ketika nanti kempen Ketua Pemuda UMNO boleh dibuat seperti di Amerika Syarikat, di mana setiap calon Ketua Pemuda akan diberi peluang berucap, berbahas dan ditanya soalan oleh perwakilan di setiap negeri. Ini bukan sahaja akan menarik minat generasi muda malah akan menonjolkan calon terbaik untuk menjawat jawatan Ketua Pemuda,” kata Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia hari ini.

Atas nama SETIAKAWAN (tag line Sdr Khairy Jamaluddin) dan PERJUANGAN RAKYAT (tagline Dato’ Zahidi Zainul Abidin), saya sarankan Pergerakan Pemuda UMNO BERANI BERUBAH (tagline Dato’ Mukhriz Mahathir). Adakah kesemua calon-calon Ketua PEMUDA BERANI (tagline Dr Mohamad Khir) membuat perubahan ini dalam kempen sekarang?

Sama-samalah kita nantikan komen Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Sri Hishamuddin Onn dan Khairy Jamaluddin.

Add comment October 5, 2008

Sah, Pak Lah Berundur!

Membaca tulisan Ketua Pengarang Kumpulan NST Dato’ Hishamuddin Aun dalam Berita Minggu sudah cukup untuk seseorang membuat rumusan, “Sah, Pak Lah Berundur!” Hishamuddin melalui kolumnya, Kaca Mata, merumuskan:

Peralihan kuasa, seperti dihajati Perdana Menteri serta sudah diperakui Majlis Tertinggi Umno untuk berlaku pada Mac tahun depan, sebenarnya sudah berjalan lebih awal jika didasarkan kepada senarai kehadiran pada majlis berkenaan (Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri oleh Perdana Menteri di PWTC – nobisha).

Abdullah, ditemani isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, di sebelahnya, dapat mengamati sendiri setiap seorang daripada mereka yang datang. Dibandingkan dengan majlis serupa saban tahun sejak Pak Lah mewarisi kepemimpinan pada 2003, majlis Rabu lalu terasa benar kelainannya.

Tidak sukar untuk tetamu mendapatkan tempat duduk pada ketika ramai yang meriuhkan suasana dan menyesakkan keadaan pada tahun-tahun sebelumnya, kali ini memilih untuk menyambut raya sama ada di kediaman atau kampung halaman masing-masing bersama sanak-saudara berbanding rakan seperjuangan. [baca: kehadiran yang kurang berbanding tahun sebelumnya] (more…)

3 comments October 5, 2008


Kalendar

October 2008
M T W T F S S
« Sep    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Terbaru

Komen

Fazrulls on Selamat Tinggal WordPress…
Hasbullah Pit on Selamat Tinggal WordPress…
bendera merah on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…
Wirawaja on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Fazrul on Dari WordPress Kepada Blo…
Malaysiakini : Birok… on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Fazrul on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
nobisha on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…
nobisha on Exco Selangor Dalam Malay…
nobisha on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
nobisha on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
Ryzals on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
efy on Exco Selangor Dalam Malay…
a voice on Apa Kurang Nur Jazlan? Apa Leb…
malaysiakita on Abdullah Atau UMNO Yang Mesti…

Blog Berwajah

Blog Tak Berwajah

Debat Rakyat

Arkib

Meta