Dr Mahathir Pun Tak Percaya …
October 5, 2008
Nampaknya Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak percaya apabila saya kata, “Sah, Pak Lah Berundur!“. Menurut laman web Mstar:
Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.
“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.
“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” katanya.
…
“Tapi ada sesetengah pemimpin, dah kalah teruk pun, masih kata menang… tak mahu tarik diri.
“Dulu zaman Tunku (Abdul Rahman), bila orang tak suka kat dia, dia tarik diri. Zaman Datuk Onn (Jaafar), bila orang tak setuju dengan dia, dia pun tarik diri. Ini saya dengar, orang tak cakap lain… itu saja, tapi tak mahu tarik diri,” katanya.
Sudahlah Tun Dr Mahathir tak percaya cakap saya. Ini Hasbullah Pit dan Zubli Zainordin pun tak percaya jugak!
Entry Filed under: Politik. .
5 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
Fazrul | October 6, 2008 at 12:23 am
Salam Tuan,
Saya pun tak percaya selagi tak keluar dari mulutnya…
Entahlah.. heee sorry menyelah… saya bukan wakil rakyat mahu pun MP… cuma seorang permerhati politik dan hal ehwal dan yang sewaktu dengannya…
Salam mesra,
2.
Zubli Zainordin | October 6, 2008 at 12:58 am
Nobisha mungkin arif perihal smoke screen. Politics And Media.
Jadi..?
Begini:
Pak Lah barsara?
Tidak!
Pak Lah bersara awal?
Pun tidak!
Jika boleh dan mahu jika mampu, dia bakal memimpin sehingga 1 Jun 2100.
Hembusan asap dimulakan, supaya Pak Lah dapat buy more time.
Jika dimulakan dari Abdul Mulok bin Parjoyoningko. Tak mengapa. Ini dumulakan dengan Menteri berkenaan Informasi, Kasi Terang Punya, yang mula menyebut Kuda Gelap atau Kuda Hitam. Lantaran menarik perhatian ramai.
Kemudian, ada bloggers UMNO vateran saing 1946, yang ternganga dan masih melopong besar mendengar Musa Hitam bersuara mengaturkan ramalan.
Jika dia bermain sama, ertinya untaian sepuluh benang sudah tinggal 3 yang belum putus. Ibaratnya.
Bagaimana dengan pengumuman Ahmad Zahid Hamidi?
Dia di Jabatan PM reporting and answerable to whom?
Pengumumannya tidak rasmi. Bersyarat pula. Boleh ditarik balik kemudian.
Pertemuan Pak Lah dengan para pemimpin BN bukan nak habaq hal itu, tetapi berbincang. Mereka ini boleh mendesak dan memujuk rayu supaya Pak Lah kekal PM.
Jikalau sah, dia dah habaq pada 26 September 2008. Lepas itu tak apa Lah, nak tidoq ka, nak bekemaih ka, nak bercuti ka.
Tetapi tidak.
Petanda saya ialah lihat Muhyiddin Yassin. Kenapa dia tidak lagi tawar diri bertanding jawatan Presiden UMNO atau Timbalan Presiden UMNO, atau Naib Presiden UMNO.
Dia dalam Majlis Tertinggi tak kan tak dengaq kot, kata Pak Lah atau isyarat bersara awai? Sejelas Ahmad Zahid Hamidi dan Mohd Ali Rustam.
Saya elak petanda dari mereka yang geromoi, cium, kucup, jilat, dan nyonyot tangan Bos. Tak boleh pakai depa neh.
While Muhyiddin Yassin is most credible now, Mahathir Mohamad is always the Wholesome Viewer. So do I, prefer to be so.
Susah nak cakap. Politicians are unpredictable. Based on information received, Pak Lah is contemplating to contest. However, I have been informed that number of divisions have openly declared that they are going to nominate other candidates. Some of them have personally informed him of their decisions. I am not sure how reliable are these sources, nonetheless it is something for him to ponder. As for Muhyiddin, I think he has a high respect for Pak Lah. Perhaps he feels that it is inappropriate to announce his decision prior to Pak Lah’s – nobisha
3.
Zubli Zainordin | October 6, 2008 at 1:08 am
Oh ya Nobisha,
Dalam banyak akhbar cetak, dan dari ramai penulis, wartawan dan pelapor, ada seorang sahaja yang 100 peratus hasilnya yang diterbitkan ialah:
*Pak Lah baik. Orang lain jahat.*
Orang yang baca akhbar tentu tahu siapa dia.
Perhaps, he can be a part of the smoke screen, or be the wood burning so intense to emit a bit of the total smoke.
Sebab jika Pak Lah bersara awal, dia nak dok lagi situ kah atau kat mana?
Politics And Media.
4.
Zubli Zainordin | October 6, 2008 at 1:13 am
Nobisha mungkin sudah baca yang ini.
Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi…
Dilulus terbit pada Monday, October 06 @ 00:13:07 MYT oleh greenboc
Pendapat Oleh zublizainordin
Jika belum, ini link nya:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16924
5. Abdullah Atau UMNO Yang Mesti Berubah? « nobisha | October 6, 2008 at 4:56 pm
[...] 6, 2008 Sebelum ini saya telah menulis “Sah, Pak Lah Berundur” dan “Dr Mahathir Pun Tak Percaya …” Sementara itu, Malaysiakini pula menulis mengenai “Petanda PM Tidak Bertanding [...]