Sikap

Dalam menulis blog ini, penulis berpegang kepada prinsip-prinsip berikut:

1. Untuk menyuburkan demokrasi, setiap orang berhak memberikan pandangannya dalam sebarang isu. Semua pihak hendaklah berlapang dada dan tidak melakukan “personality assassination” kepada orang yang memberikan pandangan yang berbeza.

2. Tumpukan kepada APA yang diutarakan, bukannya SIAPA yang bercakap.

3. Seseorang hendaklah memberikan pandangan dengan cara yang berakhlak, penuh hormat dan tidak mengaibkan sesiapa. Tulisan, percakapan atau perbuatan hendaklah bukan niat buruk atau boleh menjejaskan ketenteraman awam.

4. Tidak wajar melakukan provokasi yang boleh mengundang reaksi negatif daripada individu atau kelompok lain.

5. Bertanggungjawab dengan apa yang ditulis, dicakap atau dilakukan. Sekiranya apa yang ditulis salah, segera membuat pembetulan dan memohon maaf. Usah menegakkan benang basah.

6. Tidak salah merasakan kita betul. Yang salah ialah mengatakan orang lain salah.

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed